top of page
Search

"Tidak mustahil untuk merangkul double champ"- Peregrine

  • Writer: teammediaksa
    teammediaksa
  • Apr 20, 2022
  • 2 min read

Media KSA baru-baru ini telah menemu-bual pasukan "double-champion" Kejohanan Sofbol Tertutup Kedah 2019 iaitu Peregrine. Berikut temubual penuh bersama pasukan Peregrine.


Apakah persiapan yg telah dilakukan oleh Peregrine bagi menghadapi kejohanan kali ini?

Persiapan yang telah dilakukan adalah kurang mencukupi di atas beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan. Namun begitu, semasa bulan ramadhan, terdapat rangkaian rutin fizikal yang telah dilakukan atas perancangan jurulatih melalui periodisasi latihan. Antara latihan yang telah dilakukan adalah latihan fizikal seperti plank , squat dan sebagainya. Hal ini secara tidak langsung dapat membantu meningkatkan stamina atlet untuk menyediakan diri bagi menghadapi kejohanan yang akan berlangsung.


Kelebihan Peregrine berbanding pasukan-pasukan lain?

Antara kelebihan pasukan ini berbanding pasukan lain adalah mempunyai jurulatih yang berpengalaman luas dari segi taktikal dan teknikal bagi memudahkan latihan atlet. Bukan itu sahaja, pasukan ini juga mempunyai ukhwah antara pemain dengan baik, di mana semua atlet dapat memberi kerjasama dan komitmen yang baik untuk menjalani latihan yang disediakan. Selain itu, semangat berpasukan yang tinggi dapat membina motivasi insentrik setiap atlet untuk beraksi dengan baik.


Mustahil atau tidak Peregrine akan sekali lagi merangkul "double-champ" ?

Adalah tidak mustahil untuk merangkul double champ, sekiranya setiap perkara yang dirancang diikuti dengan baik.


Pasukan manakah yang dijangka bakal memberi saingan kepada Peregrine bagi kedua-dua kategori?

Pada pandangan saya, pasukan yang akan memberi saingan kepada pasukan ini bagi kedua - dua kategori adalah kesemua pasukan. Hal ini kerana, mereka mempunyai jurulatih dan pemain yang berpengalaman serta mempunyai pembangunan sofbol yang baik.


Harapan Peregrine untuk kejohanan kali ini dan ucapan kepada pasukan-pasukan lain yang turut bertanding?

Harapan saya, semoga pasukan ini memperoleh kemenangan yang berturutan. Untuk semua atlet Peregrine, siapkan diri dari segi mental dan fizikal untuk mempertahankan kejuaraan yang telah dicapai. Seterusnya, untuk semua pasukan yang bertanding , mainlah dengan penuh semangat kesukanan yang tinggi dan mengimarahkan semula sukan ini yang setelah sekian lama mendepani wabak Covid - 19.




 
 
 

Comments


©2022 by Kedah Softball Association | Persatuan Sofbol Kedah. Proudly created with Wix.com

bottom of page